Kenapa Kita Kena Buat Marketing

Bila buat bisnes kita tak boleh lari daripada Marketing. Kenapa kena buat Marketing? Kalau tak buat marketing macam mana orang nak tau kita buat apa, jual apa, betul tak. Buat Marketing ni kira macam kita buat hebahan, buat iklan, sampaikan maklumat supaya orang tahu apa yang kita buat boleh bantu orang kat luar sana. Marketing ini ibarat oksigen. Kalau tak cukup oksigen apa jadi pada syarikat kita. Lemas betul tak dan terus mati. Itu sebab dalam sesebuah syarikat kita perlu ada Marketing.

Banyak orang tak faham. Bila dah ada kedai, tak buat marketing. Harap ada pelanggan singgah ke kedai kita. Kalau lokasi kedai kita itu bagus memang tempat lalu-lalang oklah. Tapi kalau kat ceruk rantau kurang orang lalu macam mana?

Disnilah marketing memainkan peranan. Beritahu orang kedai kita ada dekat mana. Lepas tu bagi tau semua orang apa yang kita buat. Apa yang kita boleh bantu orang kat luar sana. Lepas tu jemput dia orang datang. Jemput datang ramai2. Kalau dah ramai datang tentu ada yang membeli. Beli ada orang beli baru boleh untung. Betul tak. Tapi macam mana nak bagi orang ramai datang...

#Ajak

Comments